11 June 2018

KONGSI PENGALAMAN - FATHIA TERKANDAS DI JERMAN, BAGASI HILANG


Menerusi laman sosial, pelakon Fathia Latiff telah berkongsi pengalamannya dimana percutiannya bersama keluarga di Eropah berdepan ujian apabila mereka terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland, awal pagi semalam.





Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, itu memaklumkan, pesawat yang mereka naiki untuk ke Switzerland terpaksa dilencongkan ke Jerman disebabkan masalah cuaca.

"Kami terkandas kerana ribut petir sedang melanda Switzerland. Untuk meneruskan perjalanan, kami perlu menaiki kereta api ke destinasi yang sepatutnya kami berada sekarang," katanya menerusi Twitter.

Difahamkan, pelakon 'Ariana Rose' itu kini dalam rangka percutian bersama ibu bapa dan adiknya menjelajah Eropah bermula di London, sejak empat hari lalu.

Sebelum berlepas, Fathia sempat mengucapkan Selamat Hari Raya lebih awal buat seluruh peminatnya yang berada di tanah air.

Klik untuk gambar besar


Selain masalah terkandas, Fathia turut meluahkan kerisauan apabila bagasi yang mengandungi barangan peribadi termasuk ubat bapanya masih tidak dapat dikesan.

"Emak mahu membuat aduan mengenai kehilangan bagasi di lapangan terbang di sini, tetapi tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan. Kami masih menunggu bas ke Switzerland.

"Ini kali kedua saya tidak menerima bagasi selepas mendarat. Saya berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mengatasi masalah ini," katanya lagi.

Selepas tujuh jam perjalanan, Fathia akhirnya berkongsi perkembangan terkini di Instagram mengatakan mereka sudah selamat tiba di St Gallen, Switzerland.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: