10 June 2018

UMRAH BERSAMA ISTERI - NABIL DOA BUAT PEMINAT & NEGARA


Baru-baru ini, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad telah menunaikan umrah bersama isterinya, Nazira Ayub dan ia merupakan tahun kelima buat mereka.





Sebelum ini, bintang berkenaan ada berhasrat mahu mengerjakan umrah pada 10 malam terkahir yang mempunyai banyak kelebihan dan manfaat.

Menerusi akaun Instagram, Nabil berkongsi gambar-gambar doa-doa yang dipohon buat peminatnya. Bukan itu sahaja, dia juga berdoa buat Negara Malaysia.

Klik untuk gambar besar


"Semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan barakahnya kepada seluruh rakyat Malaysia, May we live in peace and harmony," tulisnya.

Sementara itu, netizen juga tidak henti-henti memberi komen yang positif buat Nabil dan isterinya.

Apapun, kami doakan agar umrah pasangan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: