10 June 2018

SIKAP ZIZAN - MIRA FILZAH AKUI MUDAH DIDEKATI


"Kami masih lagi berkawan sampai sekarang... dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya. Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya," kata pelakon Mira Filzah.





Mira tidak menolak pelawak Zizan Razak yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya sebagai pemuda paling rapat dengannya buat masa ini.

Mira atau penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkata, dia menyenangi sikap Zizan yang disifatkan sebagai mudah didekati selain dia senang berkawan dengannya.

Menurut pelakon drama 'Rahsia Hati Perempuan' ini, dia enggan berkongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadinya kerana ingin menjaga hati keluarga.

Klik untuk gambar besar

"Mungkin salah satu sebab nak jaga hati keluarga. Saya dan dia pun masing-masing ada keluarga. Kalau kerap keluar gosip saja, kami okey tapi yang tak seronok keluarga la. Lagi-lagi orang tua kita," ujarnya.

Sebelum ini, Mira dan Zizan dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta namun kedua-dua mengakui hubungan itu hanya sekadar kawan.

Dalam pada itu, Mira masih belum ada kesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarganya kerana komitmennya sepanjang Ramadan yang agak padat.




Bagaimanapun kata Mira, dia akan pulang ke kampung halamannya di Perak dua hari sebelum menyambut hari raya Aidilfitri.

"Sekarang ini belum sempat nak berbuka puasa dengan keluarga... Insya-Allah saya akan balik kampung dua hari sebelum nak raya.

"Dapatlah merasa berbuka puasa dengan mereka. Buat masa ini, saya nak kena selesaikan kerja dahulu," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: