27 June 2018

"MAAF, SAYA TAK SOKONG UPLOAD SAAT ISTERI BERSALIN" - FAIZAL ISMAIL


Bagi mereka yang bergelar suami... menemani isteri di bilik bersalin untuk sama-sama memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral ketika melahirkan zuriat adalah momen terindah.





Tiada siapa sebenarnya dapat mengungkapkan perasaan saat melihat cahaya mata yang selama ini dinantikan lahir ke dunia.

Namun, kini wujud trend untuk sesetengah pihak memuatnaik video proses kelahiran isteri mereka di media sosial.

Berbicara mengenai perkara itu, selebriti dan bekas penyampai radio, Faizal Ismail atau FBI meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan itu.

Klik untuk gambar besar


Buat Faizal, perkara itu dilihat seakan tidak menghormati seorang isteri yang melalui pelbagai kesakitan dan sedang bertarung nyawa.

Alasan yang diberikan untuk video tersebut dimuat naik bagi memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana juga adalah semata-mata untuk menghalalkan cara.

Rata-rata netizen serta rakan artis bersetuju dengan pendapat yang diluahkan oleh Faizal. Tidak salah untuk berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata tetapi janganlah ‘memalukan’ isteri.

Ada benar apa yang dikatakan oleh Faizal itu, tidak salah untuk rakam saat-saat proses kelahiran tetapi biarlah ia menjadi tatapan peribadi sahaja. Bukan semua benda perlu dikongsikan di media sosial.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: