27 June 2018

ANAK KEDUA - SAKINAH SEDIH TERPAKSA MAKAN NENAS GUGURKAN


"Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih. Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.





"Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.

"Kalau bersalin secara pembedahan, paling 'gangster' pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan.

"Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu," akui pelakon Sharifah Sakinah yang mengakui amat sedih namun terpaksa berbuat demikian.

Hamil anak kedua ketika anak pertamanya, Anais Adha baru sahaja berusia empat bulan, Sakinah mendedahkan dia telah menggugurkan kandungan tersebut atas nasihat doktor.

Klik untuk gambar besar


Sakinah memberitahu yang di diberi tempoh seminggu untuk mengeluarkannnya atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Menurut isteri kepada juruterbang Aliff Adha, dia sudah pun bersedia untuk menimang cahaya mata kedua pada waktu itu.

"Pada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.

"Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. Insya-Allah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: