27 June 2018

DIDAKWA GILA GLAMOR, TAGIH SIMPATI - INTAN LIANA RASA TERKILAN


Sebut sahaja nama Intan Liana Saleh... pasti semua mengetahui pasti mengenai kisahnya meskipun beliau bukanlah seorang selebriti popular.





Ini kerana kisah perkahwinannya bersama pemuzik Ude Wahid yang ketika itu masih bergelar suaminya menjadi perhatian apabila Ude berkahwin secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda sekitar bulan Ogos 2017.

Sejak daripada itu, ramai yang bersimpati dengan nasib Intan apatah lagi saat beliau diceraikan dan kini bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih kecil.

Namun, rezekinya melimpah ruah dan menerima pelbagai tawaran peragaan dan ulasan produk serta sudah mula aktif dalam bidang perniagaan juga.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Intan. Mereka mendakwa Intan sengaja menjaja kisah perkahwinannya itu untuk meraih publisiti murahan dan gila glamor.

"Saya bukanlah seorang artis, sebaliknya masih Intan yang lama. Saya sekadar mencari rezeki dengan berniaga. Jika diikutkan, saya sudah lama berniaga.

"Dulu, saya dan kakak menjual pakaian. Sekarang, saya menjual jamu dan minyak wangi kanak-kanak. Sekarang, ada pihak bermurah hati berkongsi rezeki dengan melantik saya menjadi duta produk mereka pula.



"Saya memang tidak menyangka ada pihak menganggap saya seperti menagih publisiti murahan dan gila glamor. Hakikatnya, saya tidak menagih semua itu, termasuk perpisahan yang berlaku," katanya.

Bersabarlah Intan, biasalah bila kita sudah mula nampak bahagia dan berjaya sedikit pasti akan ada pihak yang cemburu dan sakit hati.

Apa-apa pun, jangan mudah mengalah dan teruskan bersemangat mencari rezeki demi masa depan anda dan anak-anak.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: