27 June 2018
AKUI TEMUI KELUARGA ZUL - GAYATRI SERAH JODOH PADA TUHAN
Meskipun tidak menafikan hubungannya dengan aktor Zul Ariffin masih baik selain dia berasa selesa berkawan dengannya, penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai bagaimanapun enggan melayan gosip berlebihan yang terus mengaitkan dia dengan aktor berusia 32 tahun itu.
"Dari dahulu lagi saya tidak pernah untuk komen mengenai perkara ini dan saya biarkan apa juga telahan yang ingin orang katakan.
"Apa yang boleh saya katakan kami memang baik malah saya selesa berkawan dengan Zul," katanya bagi menjawab dakwaan dia dan Zul kembali sebagai pasangan kekasih selepas aktor itu berpisah dengan aktres Zahirah MacWilson.
Untuk makluman, Zul dan Gayatri pernah bercinta sejak 2012 namun hubungan itu berakhir tiga tahun kemudian.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Gayatri berkata, dia tidak menolak sekiranya berjodoh dengan Zul dan menganggap ia kentetuan Tuhan.
"Kami memang baik dan jujurnya saya selesa dan memahami dia sebagai seorang sahabat. Soal jodoh... itu semua di tangan Tuhan," jelasnya.
Sementara itu, Gayatri juga tidak berselindung pernah mengunjungi keluarga Zul bersempena sambutan Aidilfitri lalu memandangkan dia rapat dengan keluarga aktor itu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment