26 June 2018

ISTERI SELAMAT BERSALIN - ALIFF SYUKRI NAMAKAN 'YUSOFF AL QARDAWI'


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida yang telah menimang cahaya mata keempat mereka petang semalam.





Difahamkan, Shahida melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15 kilogram secara normal di hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Berita gembira itu diumumkan oleh Aliff menerusi akaun Instagramnya. Malah, ibunya Rozita Ibrahim turut berkongsi video momen indah selepas cucunya itu dilahirkan.

Klik untuk gambar besar


Aliff dan isteri sepakat untuk menamakan anak mereka, Yusoff Al Qardawi bersempena dengan nama tokoh ulama dari Mesir yang cukup dihormati.

Sebelum ini, Aliff dan Shahida yang berkahwin pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, dan Ibraheem Adham.

Kemudian, pada tahun lalu pasangan tersebut mengambil dua orang anak angkat yang diberi nama Ameena dan Qayyum.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: