26 June 2018

"SAYA TAK GILA, TEMUI SEMULA DIRI YANG DAHULU" - IQRAM DINZLY


Sebut sahaja nama Iqram Dinzly... pasti semua mengetahui mengenai kontroversi yang melandanya pelakon itu akhir tahun lalu.





Kelakuan Iqram menjadi perhatian ramai apabila dia beraksi lucah, menari, bermain senjata tajam dan macam-macam lagi ketika live video di Instagram.

Tindakanya itu mencetuskan kecaman netizen, malah ada diantara mereka beranggapan pelakon itu sudah tidak waras dan mengalami tekanan selepas kematian bapanya.

Namun baru-baru ini, Iqram memberitahu pada 10 malam terakhir Ramadan lalu, dia menemui dengan dirinya yang sebenar dan kembali hidup seperti manusia normal.

Iqram turut mengakui kesempatan bertemu beberapa individu berilmu dan bertukar pandangan ketika berada di Kelantan serta Terengganu memberinya keyakinan untuk memulakan hidup baharu.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak gila, cuma bersikap gila-gila. Alhamdulillah, semuanya sudah kembali seperti asal dan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan lalu.

"Alhamdulillah, kembara di dua negeri itu pada akhir Ramadan lalu memberi nafas baharu dalam hidup. Saya temui semula diri yang dahulu dan kembali menjalani hidup seperti manusia normal lain.

"Di Kelantan, saya bertemu mereka yang berilmu untuk bertukar pandangan. Saya juga ambil peluang untuk menggali ilmu perniagaan disebabkan saya turut menjalankan bisnes sendiri. Mungkin ini yang dikatakan rahmat bulan mulia.

"Di Terengganu pula, saya memenuhi undangan untuk menjayakan sebuah acara. Di situ, saya bertemu semula peminat selepas lama menyepikan diri. Itu yang membuatkan saya kembali bersemangat untuk memulakan hidup baharu," katanya.



Menurut Iqram lagi, dia mengakui amat merindui untuk kembali beraksi dan berlakon semula, namun tiada tawaran diberikan kerana kisahnya sebelum ini.

"Saya tahu, peminat turut merindui lakonan saya. Tetapi, apa yang berlaku dahulu membuatkan ramai menyangka saya sudah tidak waras menyebabkan peluang berlakon turut menjauh. Ada rezeki saya mahu berlakon semula," tuturnya.

Susulan itu, Iqram berkata, dia juga memilih untuk mendiamkan dahulu perniagaan pakaian di bawah jenama Prinxchiqy Dinzly yang pernah diperkenalkannya, sedikit masa lalu.

"Gaya pakaian itu bukan merapu atau aneh, sebaliknya ia adalah terjemahan karakter fantasi yang ingin saya realisasikan dalam dunia seni.

"Kesedaran ini wujud atas gerak hati sendiri, bukan perancangan yang sengaja disusun untuk meraih perhatian," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: