18 June 2018
"MASIH RAYA BERSAMA SUAMI, PERLU POSITIF & KUAT" - NORYN AZIZ
Apa jua yang berlaku di antara dia dan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, penyanyi Noryn Aziz memberitahu dia kini perlu kuat dan sentiasa positif melaluinya.
"Saya masih menyambut hari raya seperti biasa bersama suami dan anak. Kami masih dalam proses perceraian, jadi saya tidak boleh hendak berkata apa-apa.
"Cuma apa yang boleh saya katakan, raya ini saya perlu postif dan kuat sahaja melalui apa yang berlaku," katanya yang turut memberitahu sambutan Hari Raya masih disambut bersama dengan anak mereka, Raja Bariq Umar Shah, 4.
Pasangan ini memfailkan penceraian sejak tahun lalu. Mereka bakal melakukan proses sulh sekali lagi di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Klik untuk gambar besar
Noryn dan suami bernikah pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah, yang kini berusia 4 tahun.
Menurut Noryn, dia kini perlu menjaga hati dan perasaan anaknya Umar yang masih kecil supaya tidak terganggu dengan masalah yang mereka hadapi.
"Saya perlu gembirakan Umar setiap masa kerana dia seorang anak yang sangat sensitif. Dia seorang yang 'emotional'. Bayangkan, menonton kartun yang wataknya mati pun dia boleh menangis.
"Dia macam boleh faham tapi saya sibukkan dia dengan pelbagai aktiviti supaya dia tidak terkesan dengan masalah yang kami hadapi," ujarnya lagi.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment