18 June 2018

BILA SITI AAFIYAH JUMPA TUN M & WAN AZIZAH


Amboi bertuahnya puteri kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah apabila dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail.





Foto yang dimuatnaik di laman Instagram penyanyi nombor satu itu telah mencuri perhatian netizen yang mahu mengikuti perkembangannya.

Dalam foto tersebut, Siti membawa Aafiyah yang berusia hampir tiga bulan, bertemu orang yang paling disanjungi ramai itu di ibu negara, baru-baru ini

Beberapa foto yang dirakam sepanjang pertemuan itu, turut dikongsi Siti yang popular dengan lagu 'Anugerah Aidilfitri'.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, beberapa entri lain memaparkan kemeriahan Aafiyah beraya menarik perhatian netizen.

Rata-rata peminat teruja melihat Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac lalu, menyambut Aidilfitri pertama dikelilingi ibu bapa dan keluarga tersayang.

Peminat turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Aafiyah dan ibu bapanya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: