07 June 2018
RANCANG NIKAH - ZIZAN BERI 'HINT' PEMINAT TAHU CALON ISTERINYA
Pelawak, pelakon dan pengacara Zizak Razak yang sering dihimpit gosip percintaan itu memberitahu dia sudah mempunyai calon isteri dan meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.
Kata Zizan, dia memasang niat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat (tahun ini) namun semuanya masih dalam perancangan.
"Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan.
"Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia. "Jadi, saya harus pilih yang terbaik," tuturnya.
Bagaimanapun, Zizan enggan mendedahkan gerangan sebenar wanita terbabit, namun memberi 'hint' bahawa peminat tahu siapa calon itu.
Klik untuk gambar besar
"Sudah tentu dia perempuan... Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan. Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut," tambahnya.
Jelas Zizan lagi, dia mahukan pasangan hidup yang memahami antara satu sama lain dan menjadi lebih daripada seorang sahabat.
"Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama," ujarnya.
Wah, siapa agaknya wanita bertuah yang bakal disunting sebagai isteri Zizan? Mungkinkah beliau dikalangan artis terkenal yang sememangnya sedang rapat dan dikaitkan dengan pelawak itu sekarang? Ehem..
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment