07 June 2018

JAHITAN DIBUKA, DIGANTI PLASTER: "DOKTOR MAHU BERI KEJUTAN" - LAN


"Alhamdulillah, jahitan pada bibir anak saya selamat dibuka pada hari ini (semalam). Cuma, kami belum lagi dapat melihat hasilnya kerana ia digantikan dengan plaster. Insya-Allah, semuanya berjalan dengan lancar.





"Sebak saya melihat anak bongsu yang masih kecil menahan sakit kerana dibedah. Dia belum boleh bercakap, jadi kesakitan itu diluahkan menerusi tangisan. Ada ketikanya, dia tidak mahu menyusu pun.

"Dalam pada itu, saya juga perlu menguatkan semangat isteri kerana dia sering menitiskan air mata apabila melihat anak kami menanggung kesakitan.

"Apa pun, terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan puteri kami," kata penyanyi Lan Solo yang memaklumkan belum dapat melihat hasil pembedahan pada bahagian bibir anak bongsunya walaupun jahitan sudah dibuka pada semalam.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, jahitan pada bibir Nur Aman Quxandra, yang selamat dibedah seminggu lalu, kini digantikan pula dengan plaster.

Lan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 33, berkata, doktor ingin memberikan kejutan buat dirinya dan isteri, Nur Sheila Hassim.

Terdahulu, bekas vokalis Kristal itu memaklumkan, anak keempatnya yang baru mencecah usia tiga bulan itu memasuki bilik pembedahan bagi memperbetulkan bibir yang sumbing di sebuah pusat perubatan di sini, Khamis lalu.

Selain Quxandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut dianugerahkan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: