22 June 2018

"RASA KOSONG, TAPI ITULAH HIDAYAH" - ADAM CORRIE SEBELUM INI ATHEIS


"Saya dilahirkan daripada keluarga agama Budha. Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan. Kemudian saya rasa kosong dalam hidup ini.





"Tiada pegangan dalam hidup. Tapi itulah nama hidayah. Apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dalam diri ini.

"Alhamdulillah," kata pelakon Adam Corrie yang mendedahkan dia pernah bergelar seorang atheis iaitu tidak mempercayai kewujudan tuhan sebelum memeluk agama Islam.

Adam atau penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 50, bagaimanapun mendedahkan sepanjang bergelar seorang atheis kehidupannya berasa sangat kosong dan tiada pegangan sebelum mendapat hidayah daripada Allah untuk mencari kebenaran.

Klik untuk gambar besar


Adam memuatnaik perkongsian mengenai penghijrahannya menerusi Twitter dan ia mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka tertarik dengan kisah perjalanan hidup Adam dan bersyukur kerana pelakon 'KL Gangster' itu antara yang terpilih menerima hidayah daripada Allah.

Malah ada juga segelintir pengikutnya di laman sosial yang memberi pandangan berbeza mengenai perkara itu.



Bagaimanapun, menurut Adam, setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara dan mereka juga mempunyai pilihan untuk ke syurga atau neraka.

"Betul... Semua orang ada hak bersuara untuk diri sendiri. Pilihan tersebut ada di tangan kita. Nak ke syurga atau ke neraka.

"Tiada siapa yang memaksa. Pandai-pandailah buat pilihan untuk diri sendiri," ujarnya yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: