22 June 2018
IQRAM DINZLY: "CARI PAPA TAKDA, RUPA-RUPANYA DAH ADA RUMAH BARU"
Menerusi laman Instagram, pelakon Iqram Dinzly yang kini kelihatan lebih terurus itu berkongsi luahan hati dan kata-kata buat arwah bapanya ketika menziarahi pusara arwah bapanya baru-baru ini.
Kedatangan Syawal dan Hari Bapa baru-baru ini mengimbau kenangan Iqram dan arwah bapanya yang meninggal dunia hujung tahun lalu.
"Balik puasa sehari, cari papa takda. Pagi raya, nak pergi solat raya papa takda. Lepas solat nak salam raya, papa takda. Nak wish Happy Fathers Day, papa takda.
"Apatah lagi nak gaduh pendapat dan be my good listener, lagilah dah takda. Rupa-rupanya papa dah ada rumah baru. Takpa, takpa doakan papa tenang selalu," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Iqram turut memberikan pesanan ringkas kepada pengikutnya untuk menghargai individu tersayang terutama keluarga ketika mereka masih ada.
Luahan hati Iqram itu mendapat simpati netizen malah ada yang turut sebak dengan nasib yang menimpa pelakon itu.
Malah, ada juga peminat yang memuji penampilan terbaharu Iqram yang rapi walaupun masih berambut panjang paras bahu.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment