17 June 2018
"RAYA MUST GO ON! KEHIDUPAN HARUS DTERUSKAN" - ZIANA ZAIN
Kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi itu tidak menjadi penghalang buat penyanyi Ziana Zain untuk tidak meraikan kedatangan Aidilfitri dengan meriah seperti kebiasaan.
Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, 50, berkata, dia tidak merasai sebarang perubahan malah tetap melakukan persiapan seperti mana dilakukan tahun-tahnun sebelumnya.
"Takde rasa apa pun... Raya must go on! Saya buat persiapan seperti biasa juga dan paling penting anak-anak. Alhamdulillah anak-anak pun dah besar dan faham tentang situasi yang berlaku tanpa perlu saya berkata apa-apa.
"Paling penting kena sentiasa positif dan kehidupan harus diteruskan," katanya yang turut beritahu keluarganya sentiasa kecoh dan ceria setiap kali raya.
Dalam pada itu, Ziana berkata, dia bersyukur kerana dia datang daripada sebuah keluarga yang akrab dan sentiasa meriah terutamanya pada hari raya.
Klik untuk gambar besar
"Keluarga saya sentiasa meriah, bising, ceria jadi tidaklah rasa sunyi memandangkan ada sahaja perkara yang akan kami lakukan nanti," ujarnya.
Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Perkahwinan mereka mencatat sejarah tersendiri kerana ia diadakan secara terbuka dengan kehadiran ribuan peminat yang ingin menyaksikan detik istimewa itu selain ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Bagaimanapun sekitar April lalu, Ziana memfailkan perceraian terhadap Armin selepas suaminya itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan anak mereka.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment