12 June 2018

RUHAINIES TERUJA JADI DUTA GUERISSON & TERBIT TELEFILEM SENDIRI


Pelakon Ruhainies meluahkan rasa teruja apabila diberi tawaran menjadi duta pertama Malaysia untuk produk keluaran dari Korea iaitu Guerisson.





Produk Guerisson memilih pelakon drama 'Tak Ada Cinta Sepertimu' ini sebagai duta kerana memiliki wajah persis orang Korea.

Menurut Ruhainies, dia juga diberi peluang oleh syarikat keluaran produk kecantikan tersebut untuk terbitkan sebuah telefilem.

"Sebelum ini duta produk itu adalah Lee Kwang Soo dan saya adalah duta pertama dari Malaysia. Sebelum terima jadi tawaran itu, saya cuba terlebih dahulu produk ni dan hasilnya sangat baik.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah kerjasama ini akan berterusan. Mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk terbitkan drama berkaitan dengan produk itu pula," katanya.

Dalam masa sama, Ruhainies turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk menerbitkan telefilem yang akan menjalani penggambaran di Budapest, Hungary.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 25, berkata dia tidak menjangka impiannya itu bakal akan menjadi realiti dengan cepat.



"Insya-Allah saya akan terbang ke Budapest pada hari raya keempat untuk jalani dua penggambaran. Salah satunya adalah telefilem terbitan saya sendiri.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat diberi peluang untuk menerbitkan telefilem pertama. Dengan kerjasama syarikat produksi Zeel Production.

"Saya sudah lama impikan dan tak jangka akan menjadi realiti secepat ini," ujar Ruhainies yang tak sabar nak terbitkan telemovie pertamanya.



Telefilem berjudul 'Con Girl' itu juga merupakan idea sepenuhnya daripada Ruhainies dan dibantu oleh team produksi Zeel Production.

Kata Ruhainies, kos penerbitan 'Con Girl' yang turut dibintangi oleh Idris Khan dan Rita Rudaini itu adalah daripada hasil titik peluhnya sejak menceburi bidang lakonan.

"Idea karya itu semuanya daripada saya. Tapi skrip ditulis oleh Mar Mohammad dan Haji Zil juga banyak memberi nasihat dan idea.

"Saya sangat teruja sebab ni adalah karya pertama saya dan semuanya daripada hasil titik peluh saya sendiri," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: