24 June 2018

"SYAWAL KALI INI AMAT BERMAKNA DALAM HIDUP SAYA" - IZREEN


Meskipun sesetengah masyarakat masih lagi melabel beliau sebagai perampas, pelakon Izreen Azminda nampaknya sudah 'move on'.





Terdahulu, Izreen dikecam gara-gara kontroversi dirinya berkahwin secara rahsia bersama pemuzik Ude Wahid yang ketika itu masih bergelar suami orang.

Selepas tiga tahun menyambut hari raya secara solo, Izreen akui Syawal kali ini paling indah dan bermakna dalam hidupnya dengan kehadiran suami tercinta.

Tahun ini, Izreen kembali merasa keseronokkan membuat persiapan dan membeli-belah untuk Aidilfitri.

Klik untuk gambar besar


"Syawal kali ini amat bermakna dalam hidup saya. Kebiasaannya, saya meraikan Aidilfitri bersama anak, Muhammad Adrian Umar secara sederhana memandangkan kami hanya berdua.

"Bagaimanapun, kehadiran Ude dalam hidup kami mengubah rutin kebiasaan saya. Jika dulu, tiada siapa menemani saya membeli-belah dan hanya seorang diri memikirkan pesiapan raya," ujarnya.

Izreen juga memberitahu anak-anak tirinya beraya besama ibu mereka, Intan Liana Saleh pada tahun ini seperti yang dijanjikan. Menurut Izreen, Ude sebenarnya sempat beraya dengan anak-anaknya, Arish dan Ariq.



"Saya faham perasaan Ude, tentu ada sekelumit perasaan seidh, lebih-lebih lagi kali pertama meraikan Syawal berjauhan dengan anaknya.

"Namun, Ude tenang saja. Sebelum kami pulang ke kampung, Ude sudah membawa anak-anaknya beraya terlebih dulu," katanya.

Kenyataan Izreen sekaligus menafikan suaminya itu mengabaikan anak-anaknya bersama Intan seperti yang didakwa oleh netizen.


www.myartis.com / Sumber: Bipop Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: