10 June 2018

TAHNIAH - ADREA ABDULILLAH KEMBALI BERGELAR ISTERI


Menerusi akaun Instagram (IG) semalam, pelakon Adrea Abdullah, 41, mengesahkan dirinya itu selamat bernikah dengan juruvideo, Zul Selamat, 29.





Pelakon wanita itu turut memuatnaik fotonya bersama Zul yang sedondon berbaju merah jambu ketika majlis akad nikahnya.

Adrea memberitahu dia bersyukur atas pernikahannya dan dengan nada gurau mahu mengajak suaminya itu balik berhari raya ini ke kampungnya di Kelantan.

Klik untuk gambar besar


"Happiness... Alhamdullillah ... ok now boleh la ikut I balik raya klate' kan hubby @zulselamat ?#adreaandzullovestory #love #blessed #adreazulakadnikah #halaldah #imofficiallyyourwife #berkatramadhan," tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan-rakannya yang rata-rata mengucapkan tahniah.

Untuk makluman, pPasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2017. Adrea merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: