09 June 2018

"TAHUN INI, SAYA MASIH LAGI BERAYA BERSAMA SUAMI" - IZREEN


Pelakon Izreen Azminda memberitahu, rayanya tahun ini sama sahaja kerana akan menyambutnya bersama dengan suami dan anaknya.





"Tahun ini, saya masih lagi beraya bersama suami dan anak, tanpa anak-anak dia kerana mereka akan beraya dengan ibunya.

"Mungkin tahun depan lain. Kalau setakat kami berdua pun tak ada apa-apa sebenarnya, setakat prepare benda biasa je," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' ini turut berkongsi bagaimana dia cuba mengajar anaknya berpuasa.

"Adalah suruh dia berpuasa tapi tahan dalam sejam je. Biasalah budak-budak baru umur 5 tahun kan? Kang tiba-tiba minum susu sendiri.

"Tapi dia faham dan pandai 'behave'. Dia tahulah saya puasa semua," katanya yang bakal muncul dalam beberapa program semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.










www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: