09 June 2018

DIRA MINTA MARAH DIRINYA, JANGAN KAITKAN ORANG LAIN


"Please jangan gaduh-gaduh sesama sendiri kat IG saya. Please. Nak marah saya, marah saya sahaja. Yang lain-lain, buat rileks jek.





"Nak raya ni.. jom tenang-tenang," tulis Dira Abu Zahara menerusi status di InstaStory YANG meminta agar netizen tidak melibatkan pihak lain terutama mereka yang rapat dengannya jika tidak bersetuju atau kurang senang dengan apa yang dilakukannya.

Sejak kebelakangan ini ramai netizen yang kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Dira yang juga Exco Puteri Umno sehingga meninggalkan pelbagai komen negatif di laman sosialnya.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang melemparkan kecaman beserta 'tag' nama mereka yang rapat dengannya sekaligus menimbulkan rasa kurang senang aktres itu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu sebelum ini, Dira pernah dikecam apabila menulis status 'mengusik' YB Syed Saddiq di laman Twitter sehingga menjadi tular baru.

Ada di antara netizen yang berbalas komen dalam status tersebut telah 'tag' nama sahabat Dira yang juga merupakan seorang selebriti agar memberi teguran kepadanya.

Dalam pada itu, Dira menegaskan dia kini tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan dan kini hanya menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan dan dunia politik bagi meneruskan legasi ditinggalkan arwah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.








www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: