09 June 2018

"IMPIAN KEMBALI BERKELUARGA MEMANG ADA" - ALLY ISKANDAR


Meskipun perkahwinannya bersama Farah Lee tidak dapat dipertahankan, namun personaliti TV3, Ally Iskandar memberitahu yang dia tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.





Memetik laporan Harian Metro, pengacara berusia 42 tahun ini berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk berkahwin dan berkeluarga sekali lagi.

"Ya ... impian untuk kembali berkeluarga memang ada. Saya tidak boleh kata saya tidak cuba kerana saya pernah merasai nikmat berkeluarga, ada mentua dan itu antara perkara yang ingin saya lihat dalam hidup saya.

"Kenangan tetap akan ada, tetapi kena faham sekarang saya berada di mana. Kalau terlalu nak nostalgia pun bukan satu perkara yang sihat buat saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Untuk rekod, Ally berkahwin dengan Farah Lee atau nama penuhnya Nurfarahin Romli, 29, pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Maream Esabel, kini berusia lebih tiga tahun.

Bagaimanapun selepas lima tahun melayari hidup sebagai suami isteri, mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.

Ally sinonim dengan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 menjelaskan sudah 'move on' dengan apa yang berlalu. Paling melegakan ibunya juga memahami keadaannya.



"Secara jujurnya, emak ada juga mencuba carikan jodoh saya tetapi pada usia begini, emak bagi kebebasan buat saya cari jodoh sendiri. Dia pun tidak bagi tempoh tertentu.

"Cuma apabila tengok anaknya bersendirian, emak mana yang tidak runsing. Dia tengok dunia saya hanya pergi kerja, balik kerja dan sesekali akan bertanyakan perkara itu," tuturnya yang menyerahkan persoalan jodoh kepada ketentuan Allah.

Ally menambah, dia begitu mengimpikan kehidupan yang ideal, namun berdepan kesukaran untuk mencari wanita yang memahami kariernya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: