08 June 2018
"FAZURA TAK PERNAH LUPA" - FASHA TERIMA HADIAH BAJU RAYA
"Inilah di antara sebab-sebab sahabatku seorang ni sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu. Beliau yang ku kenali sejak zaman modelling masa umur 18 tahun, seorang yang pemurah hati. Dulu sampai sekarang sama je.
"Sejak I jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa nak hantar baju raya setiap tahun. Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank You juga to Fattah.
"Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby. Amin," tulis pelakon Fasha Sandha yang mendedahkan Nur Fazura tidak pernah terlepas daripada menghadiahkan baru raya setiap kali tibanya Syawal.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi perbualan menerusi aplikasi WhatsApps di Instagramnya, Fasha turut memuji kemuliaan hati Fazura.
Perkongsian menyentuh hati itu mendapat pujian daripada netizen dan mendoakan Fazura dan suaminya, Fattah Amin terus dimurahkan rezeki.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment