08 June 2018

CHE TA DIPUJI TAMPIL TANPA BULU MATA PALSU


Semua mengetahui mengenai Rozita Che Wan yang sememangnya cukup dikenali sebagai seorang yang gemar memakai bulu mata palsu.





Pendek kata, memang dah jadi 'trademark' pelakon jelita itu. Malah, beliau yang lebih disapa Che Ta itu juga seorang yang suka menggayakan pelbagai jenis fesyen yang anggun dan terkini.

Namun baru-baru ini, penampilan Che Ta yang agak ringkas baik daripada segi pemakaian dan juga solekan mendapat perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh beliau di Instagram, ramai yang memuji betapa cantik dan mudanya Che Ta tanpa memakai bulu mata palsu.

Klik untuk gambar besar


Bukan sahaja netizen yang puji tetapi beberapa rakan artis antaranya Umie Aida dan Daphne Iking. Memang terpukau mereka melihatan keayuaan wajah Che Ta yang lebih 'natural'.

Terserlah betul kecantikan sebenar wajah Che Ta, tetapi beliau ada beritahu suami tercinta, Zain Saidin gemar melihat beliau tampil dengan bulu mata palsu.

Tidak apa, yang penting jaga hati suami dan biarlah suami sahaja yang tahu kejelitaan isteri. Betul tak?














www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: