08 June 2018

SIMPATI DENGAN ISTERI BEKAS PM - ALIFF SYUKRI KENA KECAM


Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah memuatnaik gambar berserta kapsyen meluahkan rasa kesal pada netizen yang menggunakan media sosial untuk menghina isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah.





Nama Rosmah itu menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini dan foto beliau banyak dimuatnaik di media sosial dan rata-rata netizen mengutuk dan mencela bekas 'First Lady' itu.

Dalam kenyataan tersebut, Aliff memberitahu, beliau rasa simpati kerana nama Rosmah bukan saja menjadi bualan hangat di Malaysia, malah satu dunia kini memperkatakan tentang isteri bekas PM itu.

Klik untuk gambar besar


Kata Aliff lagi, dia tidak menyangka begini rupanya kisah dunia politik. Selama ini dia sangkakan menjadi orang politik sesuatu yang indah, tetapi rupanya tidak.

Luahan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapat Aliff kerana pada mereka Aliff tidak memahami kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Malaysia.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan situasi rakyat Malaysia 'dirompak' dengan isu Aliff menyerang pekerja yang mencuri perabotnya.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Forum Cari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: