16 June 2018

"TAHUN INI BEGITU BERBEZA BUAT SAYA" - ABAM BOCEY


Mengakui sambutan puasa dan rayanya pada tahun ini amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, pelawak Abam Bocey berkata yang dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri, Norhidayah yang memahami dalam menguruskan kehidupan sehariannya.





"Puasa dan raya tahun ini begitu berbeza buat saya. Perkara yang paling istimewa ialah apabila juadah berbuka dan bersahur dimasak oleh isteri.

"Selalunya tahun-tahun sebelum ini saya yang menyediakan sendiri walaupun saya ada emak namun saya akan lakukan sendiri kerana tidak mahu menyusahkan dia.

Klik untuk gambar besar


"Kini saya ada isteri yang membantu dan dia sentiasa bertanya juadah yang ingin saya nikmati.

"Jadi sambutan Ramadan dan Syawal saya pada tahun ini amat bermakna serta saya rasa lengkaplah hidup saya sekarang kerana dikurniakan seorang isteri yang ringan tulang," katanya.

Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember tahun lalu di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: