Pada hari Ahd lalu, usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, datin Nur Shahida telah mengadakan majlis cukur jambul, aqiqah serta tahnik buat anak keempat mereka, Yusoff Al-Qardawi.

Majlis tersebut diadakan di kediaman mereka di Kota Damansara dan difahamkan perkarangan mahligai indah penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu turut diadakan majlis rumah terbuka bermula jam 8.00 malam.
Berkongsi mengenai majlis tersebut dengan lebih lanjut, Aliff Syukri mengakui teruja dengan kelahiran Yusoff, selepas hampir enam tahun menanti.
Klik untuk gambar besar

Ditanya mengenai kos majlis pada malam itu, ahli perniagaan ini tidak mahu memberitahu butiran lanjut bimbang andai ia akan disalah erti ramai pihak.
Menurutnya, biarlah apa yang dilakukan itu menjadi suatu pengalaman manis buat mereka sekeluarga.
Dalam perkembangan lain, Aliff Syukri bakal menjadi pengacara untuk satu program masakan sebanyak 13 episod selain menunggu tarikh sesuai untuk merakamkan single keduanya.





















www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________

No comments:
Post a Comment