10 July 2018

TAHNIAH - DR. SOO WINCCI TERIMA IJAZAH SARJANA KE-2 DI SEPANYOL


Pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci sememangnya layak diberikan gelaran 'beauty with brain' apabila beliau menerima Ijazah Sarjana buat kali kedua selepas menyandang gelaran doktor falsafah (PhD).





Pada 2016, Soo Wincci menerima gelaran doktor falsafah (PhD) selepas menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kini pada tahun 2018, Soo Wincci berkongsi berita dirinya menerima Ijazah Sarjana keduanya itu dalam jurusan Inovasi dan Teknologi Dalam Produksi Muzik di Berklee College of Music, Kampus Valencia di Sepanyol.

Klik untuk gambar besar


Berita gembira tersebut dikongsikan olehnya menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Sebelum ini, pelakon filem 'Kau Yang Satu' ini mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan menerima Ijazah Sarjana pertamanya dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Menyandang gelaran Miss Malaysia World 2008, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: