10 July 2018

ANAK HIDAP JANTUNG BERLUBANG - VOKALIS MARGASATWA PERLU RM35K


"Sebenarnya, sejak lahir lagi Puspa sering mengalami masalah kesihatan, termasuk sukar menyusu. Setiap kali dibawa ke klinik, doktor memberitahu, Puspa cuma batuk, demam dan berkahak.





"Apabila masalah yang sama berlarutan, saya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesan, dia mengalami jangkitan paru-paru.

"Selepas seminggu pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung berlubang," kata vokalis kumpulan Margasatwa, Kimal, 26, yang memaklumkan, penyakit anaknya, Puspa Akmal Hakim dikesan selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Julai lalu apabila sering berdepan masalah kesihatan.

Luluh hati penyanyi tersebut apabila anaknya yang baru berusia tujuh bulan disahkan menghidap jantung berlubang dan memerlukan pembedahan segera.

Vokalis kumpulan Margasatwa, Kimal, 26, memaklumkan, penyakit anaknya, Puspa Akmal Hakim dikesan selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Julai lalu apabila sering berdepan masalah kesihatan.

Klik untuk gambar besar


Disebabkan masalah itu, anaknya mengalami penyusutan berat badan yang ketara daripada berat 4.8 kilogram kepada 2.8 kilogram.

Kimal atau nama sebenarnya, Mohd Akmal Hakim Mokhtar berkata, anaknya kini bergantung kepada ubat-ubatan dan pemakanan khusus sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

"Doktor memberitahu, berat anak sepatutnya sudah mencecah 10 kilogram. Ketika ini, dia sedang melalui pemantauan rapi dan ditempatkan di sebuah bilik di Wad Kanak-Kanak Hospital Sungai Buloh," jelasnya.

Kimal berkata, dia memerlukan RM35,000 untuk kos pembedahan anaknya. Jumlah itu katanya, agak besar memandangkan dia dan Margasatwa baru menandatangani kontrak bersama label Luncai Emas, tahun ini.

"Diikutkan, saya mahu merahsiakan perkara ini, tetapi ramai menyarankan supaya saya cuba mencari bantuan. Saya bercadang mendapatkan bantuan pihak berkaitan, termasuk persatuan dan yayasan artis," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: