09 July 2018

KINI BERKERUSI RODA - ARDELL DIBERI KATA SEMANGAT


Bau-baru ini, pelakon Ardell Aryana memuatnaik video dirinya berkerusi roda di laman Instagram miliknya dan ia mendapat perhatian netizen.





Menerusi video tersebut, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berada di kerusi roda yang sedang disorong oleh ibunya telah menyentuh hati netizen.

Pada posting berkenaan, pelakon 'Cinta Hati Batu' itu turut mengucapkan selamat ulangtahun kepada ibunya.

"Hari ini hari jadi mama saya, terima kasih kerana sabar, untuk doa dan usaha, semoga Allah merahmati mama. Selamat ulang tahun I love you.

Klik untuk gambar besar


"Anda bukan sahaja ibu tapi kawan baik, hadiah istimewa dari Allah untuk kita sebagai anak. Saya nak mama tahu nama mama sentiasa ada dalam doa saya," tulisnya.

Video yang dimuatnaik pada Ahad itu kini mencecah 500,000 tontonan di Instagram dan lebih 2,000 komen pengikut laman sosial.

Rata-rata bertanya tentang penyakit sebenar yang dihidapi wanita itu. Ada segelintir turut mendoakan kesihatan Ardel dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu menempuhi ujian tersebut.



Sebelum ini, Ardell menimbulkan spekulasi apabila dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga. Status yang dimuatnaik di laman sosial Ardell yang seakan-akan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.

Bagaimanapun, sehingga kini usaha untuk mendapat kenyataan Ardell tidak berjaya dan dia masih mendiamkan diri.

Sebelum ini, pelakon Nadzmi Adhwa memuatnaik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: