Baru-baru ini, majlis kesyukuran serta aqiqah bagi anak angkat Abby Abadi, Daiyan Fayyadh dan cahaya mata perempuan Memey Suhaiza dengan Norman Hakim, Mikayla Delisha telah diadakan di kediaman Abby.

Menerusi Instagram, Abby telah memuatnaik beberapa keping foto sekitar majlis berlangsung yang memilih tema warna merah.
Lengkap dengan persalinan serba merah, kedua-dua keluarga itu turut mengadakan majlis terbuka hari raya pada masa sama.
Klik untuk gambar besar

Pada majlis tersebut, rakan selebriti seperti Azza Elite dan Linda Rafar turut sama serta dalam meraikannya.
Terdahulu, anak ketiga Norman dan Memey Suhaiza itu dilahirkan pada 12 Julai sementara bayi angkat Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakari pula diambil mereka pada 27 Jun lalu.













































www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________

No comments:
Post a Comment