19 July 2018

"KACAK, TAK KEMPUNAN HARTA ORANG" - DATUK VIDA INGIN CARI JODOH


Semua mengetahui mengenai usahawan kosmetik Datuk Seri Vida yang pernah melalui kegagalan tiga kali dalam perkahwinan.





Meskipun begitu, ia tidak membuatkan Datuk Vida merasa serik untuk bergelar isteri dan sebelum ini memberitahu, dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.

Baru-baru ini menerusi entri di laman Instagram, Datuk Vida yang lebih setahun bercerai dengan suami ketiganya itu memberitahu beliau mahu mencari jodoh dan turut mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya.

Menurut Vida, beliau inginkan lelaki yang mempunyai perniagaan sendiri, seorang yang kacak, kaya, baik hati, ikhlas dan jujur. Kata Vida lagi, paling penting lelaki itu seorang yang tak kempunan dengan hartanya.

Klik untuk gambar besar


"Sapa yang bakal jadi partner hidup saya? Cuba cari jodoh untuk saya. Tag kawan yang ada business, kacak, kaya, baik hati, ikhlas, jujur dan tidak kempunan harta orang. Boleh?," tulisnya.

Selain mendoakan agar Datuk Vida segera bertemu jodoh, ada juga segelintir netizen menasihati penyanyi lagu 'I Am Me' itu agar mencari lelaki yang mampu membimbing, tidak perlu hanya nak mencari yang kaya dan berharta sahaja.

Diharap Datuk Vida bertemu lelaki seperti yang diidamkan. Tapi betul juga kata Datuk Vida, bukan senang nak cari lelaki yang ikhlas, ramai yang hanya mahu menumpang di atas kesenangan orang lain.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: