22 July 2018

8 FOTO NIKAH: ARIFF NAFI KERANA DUIT - A. AIDA TUNAI JANJI


Pada tanggal 21 Julai 2018 (Sabtu) tepat jam 9 malam, produser Datuk A. Aida telah sah bergelar isteri kepada pelakon muda Ariff Aziz, 29 dengan dua kali lafaz.





Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh Jurunikah Ustaz Mohammad Imran Nasohah, Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya.

Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM20,000. Selain itu, A. Aida, 47, turut menerima tiga dulang hantaran berupa wang hantaran, cincin jenama Cartier seberat 1.42 karat dan Beg tangan jenama Hermes.

Sementara Ariff pula menerima lima dulang yang dibalas dengan jam tangan jenama Hublot, cincin, beg bimbit jenama Louis Vuitton (LV), minyak wangi jenama Chanel serta kuih-muih dan manisan.

Majlis pernikahan serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di Dorsett Grand Hotel, Subang itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.

Klik untuk gambar besar


Majlis resepsi kedua-dua mempelai dijadual akan diadakan di rumah peranginan A. Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019 sempena tarikh hari lahir A. Aida.

Dalam pada itu, Ariff menafikan dia mengahwini A. Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang kerana duit atau kekayaan dimiliki wanita itu.

Sebaliknya, Ariff atau nama penuhnya Wan Izma Ariff Abd Aziz berkata, dia menyunting Aida sebagai suri hatinya kerana benar-benar menyayangi wanita itu. Katanya, Aida yang memiliki tiga anak dari perkahwinan terdahulu itu mempunyai kecantikan luaran dan dalaman.

Biarpun sedar ramai pihak skeptikal sebaik Aida mengumumkan mereka bakal bernikah, jejaka itu menegaskan bahawa dia sudah memiliki harta sebelum bertemu isterinya .



"Saya memiliki pendidikan tinggi dalam bidang multimedia. Sebelum ini pun saya bekerja. Saya ada kereta dan rumah yang saya beli sendiri," katanya.

Pada masa sama, A. Aida juga akan mengotakan janji terhadap suaminya, yang mahu dia menutup aurat selepas mereka berkahwin.

A. Aida berkata, dia sudah pun mula mengenakan tudung penuh pada majlis pernikahannya pada malam Sabtu dan imej itu akan kekal.

"Mulai hari ini saya akan mengekalkan imej bertudung seperti mana diminta oleh suami sebelum ini. Walaupun hati saya masih belum sepenuhnya mahu bertudung tetapi apabila dia beritahu sama ada saya sanggup melihat dia menanggung dosa, hati saya terusik.



"Insya-Allah saya istiqomah dan doakan agar saya tetap iman dan teruskan menutup aurat," ujarnya yang pernah melalui tiga alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan.

Untuk makluman, A. Aida dan Ariff mula kenal sejak 2015 ketika Ariff bekerjasama dalam projek drama bersama A. Aida.

Bagaimanapun, bibit cinta mula bersemi sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff.

Pada 4 Julai lalu, Ariff membuat kejutan dengan melamar A Aida di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan memberikan sebentuk cincin.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: