22 July 2018

KECAM TANPA PERASAAN, KESALAHAN SEPERTI PENJENAYAH" - HAQIEM


"Kemurungan bertambah teruk apabila satu Malaysia mengecam saya baru-baru ini. Saya tidak mampu mempertahankan diri sendirian.





"Netizen mendengar cerita di sebelah pihak dan mereka tidak rasa apa yang saya alami. Mereka hanya tahu menghina dan mengecam di laman sosial, tanpa perasaan. Tetapi, cubalah masing-masing duduk di tempat saya.

"Kesalahan saya seolah-olah seperti penjenayah yang membunuh atau merompak. Beberapa bulan terakhir ini saya menjadi bertambah 'moody', lebih-lebih lagi apabila membaca hinaan orang.

"Jiwa saya sakit," demikian kata penyanyi Haqiem Rusli yang mengakui kini fikirannya sungguh celaru dan tiada lagi kecerian dalam dirinya selepas dituduh dan dikecam ingin mencari publisiti murahan dan sengaja menggunakan alasan mengalami depresi semata-mata untuk gimik lagu terbarunya.

Klik untuk gambar besar


Kata penyanyi lagu 'Jatuh bangun' itu, emosinya itu sudah tidak menentu dan lebih selesa untuk hanya berkurung dalam biliknya kerana takut orang luar membencinya jika keluar dari rumah.

Disebabkan isu ini juga, Haqiem banyak menolak undangan nyanyian kerana mahu memastikan dirinya benar-benar pulih dan diminta diberi masa untuk menenangkan diri.

Namun, Haqiem sama-sekali tidak menyesal mahupun merungut dengan ujian yang menimpa dirinya. Sekurang-kurangnya beliau kini mengetahui siapa sahabat sejati yang ada dikala beliau ditimpa kesusahan.

Disahkan mempunyai tahap kemurungan yang tinggi, Haqiem juga masih menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri di Kuala Lumpur.




www.myartis.com / Sumber: Bipop Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: