22 July 2018

AL-FATIHAH - BAPA ROSMA MENINGGAL, SELAMAT DIKEBUMIKAN


Takziah kami ucapkan kepada keluarga Rosma AF yang juga merupakan bapa mertua kepada penyanyi Khai AF, Sidik Abu Bakar, 81, yang meninggal dunia kerana beberapa penyakit antaranya kencing manis dan juga mengalami stroke.





Berita sedih yang dikongsi menerusi dari pihak pengurusannya itu memaklumkan yang bapa Rosma telah meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam pada Jumaat kediamannya di Kuantan, Pahang.

Allahyarham telah menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya di Kuantan setelah beberapa kali mendapat rawatan di hospital.

Difahamkan semua ahli keluarga termasuk Rosma berada di sisi ketika saat terakhir ayahnya itu. Jenazah telah selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi semalam.

Pihak pengurusan Khai, Rosma juga meminta maaf kerana terpaksa membatalkan acara yang sepatutnya dihadiri.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: