21 July 2018

"KUTUK ELITE BOLEH TAPI JANGAN ARWAH ANAK" - LINDA RAFAR


Menerusi laman Instagram, pelakon dan penyanyi Linda Rafar tampil menjelaskan tindakan dia bersama Azza dan Sasha Saidin memuatnaik video trend tarian Keke Challange pada Khamis yang mendapat kritikan.





Dalam kenyataan tersebut, Linda yang juga ahli kumpulan Elite itu memberitahu ia adalah bagi menjayakan sebuah projek istimewa.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 40, turut berkata, biarpun secara suka-suka untuk peminat kumpulan itu, mereka tetap mempunyai batasan tertentu.

"Saya terpaksa jelaskan kenapa Elite buat keke challange semalam. Kami akan buat projek istimewa dan bukan kami sahaja dicabar untuk buat. Ada yang lagi seksi dan melampau dari apa yang Elite buat.

Klik untuk gambar besar


"Kami buat juga secara suka-suka dan tiada niat lain. Kepada netizen yang komen untuk kutuk Elite saya boleh terima tapi jangan libatkan arwah anak saya yang tidak bersalah," ujarnya.

Penyanyi lagu 'Trauma' ini memuatnaik video tersebut pada Khamis dan sehingga kini mendapat lebih 100,000 tontonan.

Katanya, ramai yang memberi komen negatif terhadap video berkenaan sehingga ada yang sanggup mengaitkan perkara itu dengan Allahyarham anaknya yang meninggal dunia.



"Kita bukannya tak sedar apa yang kita buat, ia hanya untuk suka-suka sahaja. Rasanya Elite buat paling cover sopan," katanya.

Sementara itu, rakannya Azza menulis komen di Instagram Linda memberitahu bahawa aksi tarian itu dilakukan di kawasan yang selamat dan tidak menganggu keselamatan jalan raya.

"Kita buat di kawasan yang selamat, kawasan parkir kereta hotel yang tiada langsung kereta. Kita bukan tidak tahu tentang keselamatan, lagi pula yang memandu itu suami saya," jelasnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: