Menerusi laman Instagram, pelakon Adam Corrie Lee telah mendedahkan wajah serta nama bayi sulungnya yang diberi nama Adam Fateh Lee.

"Assalamualaikum.. Hari ini genaplah 7 hari usia Baby Lee. Pada hari ke 7 disunatkan umumkan nama bayi. Dengan ini saya Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee @adamfatehlee.
"Dan hari ini juga disunatkan utk bercukur . Abah cukur sendiri . Majlis buat kemudian. Bagi Mak Fateh @puan_fazi_fuad habis berpantang dan sihat dulu.
Klik untuk gambar besar

"Senyum selalu.. Selalu bersangka baik.. InsyaAllah hati tenang. #adamcorrie #adamfazi❤️ #adamfatehlee #CinaMelayu," tulis Adam.
Tahniah sekali kami ucapkan kepada Adam Corrie dan isterinya, Fazi Fuad yang kini bergelar ibu bapa selepas menanti 10 tahun dengan penuh sabar.



www.myartis.com / Sumber: Adam Corrie IG & Adam Fateh Lee IG
________________________

No comments:
Post a Comment