18 July 2018

"SAYA BUKAN RASIS" - ELLIE AKUI HANYA BERSUARA PERTAHANKAN


"Jadi ini saya menyeru... ini saya cakap betul-betul, saya menyeru semua manusia berbangsa Melayu Islam, sebarkan video ini.





"Kita akan berjumpa lagi!" demikian kata aktres dan pengarah filem popular, Elly Suriaty yang dilaporkan sekali lagi tampil penuh emosi kali ini di sebuah himpunan di ibu negara, pagi semalam.

Ellie yang sebelum ini berteriak di kompleks mahkamah minggu lalu kini tampil bagi menyuarakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Laporan sebuah portal tempatan menyebut, Ellie dengan nada lantang memberikan amaran kepada segelintir pihak yang didakwanya cuba menghakis peranan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.

Tambah pengarah filem 'Penanggal' ini lagi, tiada sesiapa berhak mencuba untuk menjatuhkan raja-raja Melayu atau menjadikan Malaysia sebuah republik.

"Bercerai nyawa dari badan, jadi tulang, sebati dengan tanah... tapi bangsa Melayu, raja-raja Melayu, jangan cuba kamu nak jatuhkan raja Melayu dan jadikan Malaysia ini sebuah negara republik!" tegasnya.

Himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru tersebut dihadiri kira-kira 100 orang penyokong yang sudah mula berkumpul di kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal jam 8 pagi.

Difahamkan kumpulan himpunan itu sepatutnya akan bergerak ke Jalan Parlimen untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.

Bagaimanapun penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Ellie sebelum itu berkali-kali menegaskan bahwa beliau bukan merupakan seorang rasis. Sebaliknya kata pelakon 'Spinning Gasing' itu dia hanya bersuara untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

"Saya tak cari publisiti murah. Saya juga bukan seorang yang rasis. Sama sekali tidak!" tuturnya.

Pada 4 Julai lalu, Ellie mencuri tumpuan rakyat Malaysia sekaligus mencetus kontroversi apabila berteriak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: