18 July 2018

ROMBONGAN MERISIK SUDAH HANTAR - QI RAZALI BAKAL BERTUNANG


Hubungan antara pelakon Qi Razali dan kekasih hatinya, Nia Atasha Rosli, 22, yang juga merupakan seorang model kini dalam perancangan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius selepas bercinta hampir dua tahu lamanya.





Qi mengakui beliau sudah menghantar rombongan merisik baru-baru ini dan bakal mengikat tali pertunangan pada tahun ini.

Menurut Qi, buat masa sekarang dia masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu.

"Alhamdulillah, saya sudah menghantar rombongan untuk merisik dan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu. Buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunang.

Klik untuk gambar besar


"Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini namun jika sudah ada tarikh saya akan umumkan pada semua. Saya berharap agar semuanya akan dipermudahkan kerana saya bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri," katanya.

Terdahulu, Qi yang juga pengacara itu pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan pelakon Nelydia Senrose.

Kami harap segala perancangan Qi dan Nia dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: