20 July 2018

ALAMI KEGUGURAN - ISTERI AMY SEARCH SEDIA HAMIL LAGI


"Alhamdulillah selepas berjumpa doktor tadi, doktor beritahu rahim saya sudah mengecut dan bersih yang paling penting.





"Sekarang saya perlu kumpulkan kekuatan tenaga kembali. @aku.amysearch anda sudah bersedia?" ujar isteri kepada penyanyi legenda, Amy Search iaitu Nourish Hassan yang memberitahu perkembangan keadaan kesihatannya selepas mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Nourish, doktor memaklumkan bahawa rahimnya sudah mengecut dan dia juga bersedia untuk hamil semula.

Dalam pada itu, Nourish meminta pengikutnya mendoakan agar mereka diberikan rezeki zuriat sekali lagi.

"Insya-Allah doakan kami ada rezeki lagi selepas ini," tulinya yng mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun hasil perkahwinan dengan Amy pada 2003.

Klik untuk gambar besar


Pada 25 Mei lalu, Amy meluahkan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Bagaimanapun pada 5 Julai lalu, Nourish yang sedang hamil dua bulan telah mengalami keguguran. Amy memaklumkan mengenai perkara itu selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

Untuk rekod, Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: