20 July 2018

MINUM SIRAP MASA BABY: "TAK NAK BENDA SAMA BERLAKU' - ALIFF SYUKRI


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram telah mendedahkan kehidupannya ketika kecil sangat susah apabila ibu bapanya tidak mampu beri kesenangan kepada keluarganya dan sehingga terpaksa hidup merempat.





Pasti semua tahu penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' ini bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan kejayaannya kini adalah hasil titik peluhnya sendiri yang bermula dari bawah.

"Dahuulu masa kecil mak abah saya tak mampu nak bahagiakan dengan kesenangan kami hidup merempat dah besar baru senang. Saya tahu sebab mereka susah dan faktor perceraian," tulisnya.

Aliff juga turut memberitahu sewaktu dia masih bayi, ibunya tidak mampu untuk membelikan susu dan terpaksa memberinya air sirap untuk diminum. Katanya lagi, dia dilahirkan dirumah kerana tidak mampu untuk ke hospital.

"Waktu baby mak saya cakap nak beli susu tak mampu, saya diberi air sirap (patut lah saya ada penyakit disleksia).

Klik untuk gambar besar


"Kami hanya tidur di lantai malah saya lahir di dalam rumah sebab tak ada duit ke hospital dan jarak yang jauh," jelasnya.

Ujar Aliff lagi, disebabkan itu dia bekerja keras kerana baginya anak-anak adalah segala-galanya dan tidak mahu perkara sama terjadi pada mereka.

"Sekarang abah tak nak benda yang sama berlaku kepada anak-anak abah," tuturnya yang baru sahaja menimang cahaya mata keempatnya.

Rata-rata netizen kagum dengan apa yang dimiliki oleh Aliff Syukri sekarang. Moga perkongsikan Aliff Syukri ini menjadi inspirasi mereka diluar sana untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: