20 July 2018

DIKRITIK BAJET-BAJET KOREA - INI KOMEN NAZIM OTHMAN


Menerusi laman Instagram, pelakon Nazim Othman mengakui dirinya sering menerima kritikan netizen yang mengecam gaya penampilannya.





Dalam status itu, Nazim meluahkan rasa kesal dan memberi nasihat kepada pengikutnya supaya menjadi diri sendiri dalam memajukan diri mereka tanpa menghiraukan kritikan orang ramai.

"Ada sesetengah orang suka membahan saya bajet-bajet Korea, tapi saya diamkan je memandangkan saya memang suka Korean styles lebih lebih lagi dalam konteks keterampilan diri.

"Saya tak marah pun orang mengata saya itu ini, sebab cara saya bawak diri membuka peluang-peluang yang bukan biasa-biasa.

Klik untuk gambar besar


"Kali ni saya bersyukur dapat bekerjasama dengan pihak stesyen TVN dari Korea untuk muncul dalam program yang akan ditayangkan di sana tak lama lagi.

"Selain tu, orang luar tak tau, endorsements untuk saya jadi duta beberapa produk sebelum ni pun sebab memang clients nak cari orang yang carry that kind of look & style.

"So, moral of the story is, korang buat je apa yang korang nak buat, selagi tak mengganggu sensitiviti dan tak merosakkan diri, teruskan je minat korang," tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Nazim dimurahkan rezeki dan sentiasa terus memberi inspirasi pada orang ramai.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: