20 July 2018

"KALAU PELAWAK TAK SESUAI, TUNJUK CARA PENGACARA BAGUS" - NABIL


"Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati.





"Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun.

Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat. Lagipun, setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri.

"Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus," kata artis serba boleh, Nabil Ahmad yang menyifatkan, cadangan seorang pelakon supaya berhenti mengambil pelawak menjadi pengacara sebagai sengaja mahu mencari perhatian.

Klik untuk gambar besar


Katanya, sekiranya pelakon itu ikhlas mahu melihatnya menjadi pengacara program hiburan yang bagus, dia boleh memberikan teguran secara berdepan, bukan menggunakan laman sosial untuk meluahkan ketidakpuasan hati.

Isu berkaitan pelakon menjadi pengacara mula diperkatakan apabila Syazwan Zulkifly menyindir cara Janna Nick mengendalikan program hiburan popular, Melodi.

Meskipun tidak menyebut nama, kenyataan pelakon itu mengenai pengacara wanita Melodi yang tergedik-gedik dan terkinja-kinja di Twitter jelas merujuk kepada Janna.

Syazwan bagaimanapun, memohon maaf terhadap perkataan yang digunakan yang mengguris dan menyakiti hati Janna.



Kenyataan Syazwan itu mendapat sokongan pelakon, Aiman Hakim Ridza yang turut mencadangkan supaya berhenti mengambil pelawak sebagai hos dengan meletakkan tanda pagar, #meletops pada komen balasnya.

"Berhenti ambil pelawak. Bukan semua benda perlu loyar buruk okay. Dan ia langsung tak kelakar pun," tulisnya dalam komen balas itu.

Enggan lagi melayan mereka yang suka mencari publisiti murahan, Nabil berkata, tumpuannya kini diberikan kepada Nabil Ahmad Productions yang bakal menerbitkan filem aksi komedi, sebelum memulakan penggambaran produksi thriller, Qutil.

"Selepas The Antoos, kami mempunyai senarai program televisyen, drama bersiri dan filem untuk penggambaran. Sepatutnya, Qutil menyusul awal, namun penggambarannya ditunda dulu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: