20 July 2018

PERTIKAI A. AIDA NIKAH LELAKI MUDA - CHE TA 'SEKOLAHKAN' NETIZEN


Semua mengetahui mengenai pengarah dan pelakon veteran A. Aida yang bakal nikahi dengan aktor Ariff Aziz pada Sabtu (21.7.18) ini.





Namun perkara itu telah dipertikaikan oleh netizen apabila A. Aida lebih berusia dari pelakon lelaki tersebut.

Bengang dengan sesetengah netizen yang mempertikaikan keputusan A.Aida bernikah dengan lelaki muda, Rozita Che Wan telah menyelar mereka di laman sosial.

Bagi beliau yang lebih mesra disapa Che Ta, tiada kesalahan dilakukan mereka kerana jejaka itu juga bukan berstatus suami orang.

Klik untuk gambar besar


Menerusi Instagram, Che Ta panjang lebar 'menyekolahkan' netizen yang menghentam pasangan itu. Jelas Che Ta, Aida tidak merampas suami sesiapa dan berhak untuk berkahwin dengan lelaki muda.

Dalam posting itu, Che Ta juga sempat berseloroh mengenai dirinya juga yang bernikah dengan jejaka 'bergetah' ini. Katanya, siap nak tubuhkan whatsapp group dengan nama Laki Kami Muda Bergetah lagi!

Dalam masa sama, Che Ta menasihati netizen supaya tidak perlu menghukum mereka (seolah Aida merampas suami-suami mereka).

Apa-apapun, ada betulnya juga kata Che Ta itu, kita doakan saja mereka bahagia hingga ke akhir hayat!












www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: