19 July 2018

TAHNIAH - REBECCA SELAMAT LAHIRKAN BAYI KELIMA, LELAKI


Pada jam 8 pagi semalam (18.7.18), pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan bayi kelimanya iaitu seorang lelaki di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.





Berita itu dikongsi sendiri oleh pengurusnya menerusi akaun Instagram (IG) bernama Carlos Hills.

Carlos turut memuatnaik foto Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman bersama bayinya di dalam bilik bersalin.

"Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca it's baby boy #1872018 selamat melahirhan jam 8.20am @gleneagleskl," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menerusi kemaskini di akaun IG peribadi Rebeccca, pelakon itu terdahulu memberitahu dia bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kelimanya itu.

Rebecca juga sempat meminta maaf serta memohon agar mendoakan proses kelahirannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Rata-rata peminatnya telah mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kelimanya itu.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: