23 July 2018

ANAK MAHU ADIK - HAIZA MOHON DOAKAN


Selepas anak sulung sudah berusia lima tahun, penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza Hanafi merancang menambah seorang lagi zuriat.





Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 38, berkata melihat Nur Iman Syafie sudah besar, sekarang dianggap masa yang sesuai untuk dia dan suami menimang cahaya mata kedua.

"Sekiranya diberi rezeki anak, Insya-Allah saya sudah bersedia... Iman pun sudah besar dan pandai bertanya nak adik.

"Daripada segi fizikal dan mental, saya sudah bersedia. Diharap, Allah permudahkan... Saya minta peminat berdoa buat saya dan suami," katanya yang berkahwin dengan Norhanaphe Omar pada 24 Ogos 2007.

Ditanya jumlah anak diidamkan, bagi Haiza, tambahan seorang anak lagi sudah membuatkan dirinya bersyukur.

Klik untuk gambar besar


Haiza juga yakin usia bukan penghalang untuk dirinya hamil. Malah, dia mengambil inspirasi daripada aktres Rozita Che Wan atau Che Ta yang berbadan dua pada lewat usia.

"Che Ta pun boleh mengandung... Insya-Allah saya boleh andai diberi kesihatan yang baik," ujarnya.

Haiza menambah, dia dan suami tidak kisah jumlah cahaya mata yang dikurniakan Allah.

"Namun, jika dapat sepasang anak, itu sudah dianggap nikmat dan saya pasti sangat bersyukur," tutur Haiza.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: