04 July 2018

DEKATI DATUK VIDA - PUTRA AMARIS AKUI IKHLAS BEKERJASAMA


Dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia mendekati usahawan Datuk Seri Vida dengan niat tersembunyi telah dinafikan oleh pelakon Putra Amaris.





Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 32 berkata dia ikhlas untuk bekerjasama dengan pengasas produk Pamoga itu.

"Saya tak ada niat apa-apa pun untuk dekat dengan Datuk Seri Vida. Niat saya ikhlas untuk bekerjsama dengan dia.

"Kebetulan saya ada waktu terluang dan diberikan rezeki untuk bekerja dengan dia. Saya percaya, rezeki itu rahsia Allah dan rezeki tak akan salah alamat.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa sekarang, saya bantu Vida dari segi pemasaran dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan," kata Amaris yang dilihat kerap bersama Datuk Vida.

Amaris diminta mengulas mengenai tindakan dia dan penyanyi lagu 'Lavida Go Bola' itu kerap memuatnaik foto bersama.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Bicara Cinta' ini juga muncul dalam video muzik lagu 'Lavida Go Bola'.

Tambah Amaris lagi, dia sudah mengenali Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman lebih kurang lima tahun.



Namun, Amaris enggan mengulas lanjut mengenai gosip yang mengatakan dia mengambil tugasan sebagai pembantu peribadi wanita itu yang terdahulunya milik Ahmad Iqbal Zulkefli.

"Saya kenal dia dah lebih kurang lima tahun. Tapi ketika itu, belum ada kesempatan nak bekerja dengan dia sebab masing-masing sibuk.

"Sekarang ni baru saya ada masa terluang untuk bekerja dengan dia. Soal penganti pembantu peribadi itu saya tak nak komen apa-apa.



"Saya perlu jaga banyak pihak. Tak nak melukai mana-mana pihak dan berharap semuanya akan baik-baik sahaja," ujarnya.

Menerusi laporan mStar Online pada Ahad lalu, Iqbal yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Datuk Vida telah dipecat serta merta pada 1 Jun lalu.

Iqbal dikatakan gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, pemuda berusia 24 tahun itu mendakwa sejak menerima tugasan baharu tersebut, kerjanya bertambah banyak.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: