05 July 2018

SOKONG NAJIB - ELLIE SURIATY TAK KISAH KENA KUTUK


"Saya datang untuk beri sokongan moral kepada perdana menteri keenam yang pernah mentadbir negara. Supaya beliau tahu yang masih ada ramai lagi rakyat Malaysia menghargai kepimpinan dia.

"Bagi saya, cara penahanan itu tidak beretika dan tidak berhormat. Beliau pernah menjadi pemimpin yang mentadbir negara.





"Tak adil untuk dilayan sebegitu. Malah, dituduh dan difitnah dengan perkara yang dah terang-terangan salah. Saya berharap beliau akan dibicara secara adil," demikian komen pelakon Ellie Suriaty yang tetap menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun ada pihak yang mengutuknya

"Kita berada dalam negara demokrasi. Saya berhak untuk memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan," tambahnya.

Semalam, Pelakon berusia 48 tahun itu dibawa keluar oleh anggota polis apabila didakwa membuat kecoh di mahkamah. Bagaimanapun, polis kemudian hanya memberi amaran dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.

Klik untuk gambar besar


"Kalau netizen nak cakap negatif, itu pandangan mereka. Terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa.

"Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Mstar.

Untuk info, Ellie yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini bersama hampir 50 orang penyokong Najib dilihat setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan.

Isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini antara selebriti yang menyatakan sokongan padu pada Najib.




Meskipun begitu, ada pihak di laman maya mendakwa Ellie mendapat maklumat salah yang bekas PM itu dilayan secara tidak adil kerana beliau tidak dipakai baju oren dan sebelum ini hanya dipanggil ke SPRM memberi keterangan, bukannya ditangkap kemudian disoal siasat sebagaimana pesalah atau rakyat biasa.

"Bukankah itu keistimewaan pada Najib? Kalau saya yang kena tangkap, dah tentu saya kena gari dan pakai baju oren lokap. Tambahan pula, hakimpun setuju berita dalam mahkamah tidak disiarkan melalui media atas permintaan peguam Najib. Itupun tak boleh fikir ke?" ujar netizen itu.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: