24 July 2018

FATIN AFEFFA: "MENARI MALU, TAK BAGI NAFKAH ANAK TAK PULAK"


Semua mengetahui mengenai tarian #KekeChallenge yang sudah mula trending di Malaysia dan tidak dapat dinafikan bahawa baru-baru ini ramai golongan selebriti menyahut cabaran.





Namun bagi pelakon Adam Shahz, 'Keke Challenge' yang popular menerusi lagu 'In My Feelings' nyanyian rapper terkenal antarabangsa, Drake itu tidak sepatutnya dilakukan oleh selebriti tanah air.

Kenyataan Adam itu seakan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak termasuklah bekas isterinya, aktres Fatin Afeefa.

Menerusi memuatnaik kenyataan (tanpa ditujukan kepada siapa), Fatin dilihat seakan menemplak Adam apabila kata-kata itu berkaitan dengan nafkah anak.

"Amboii orang berkeke dance cakap memalukan agama dan bangsa. Kau tak bagi nafkah anak dah setahun tak malu pulakkkkk hahahahaha dasar hipokrit," tulisnya di laman Twitter.

Klik untuk gambar besar


Tidak mahu berdiam diri sahaja, Adam menjelaskan yang dia sudah memenuhi keperluan nafkah anaknya dan apa yang dikongsikannya di laman sosial tersebut tidaklah ditujukan kepada sesiapa.

Dalam kenyataan itu, Adam turut menjelaskan bahawa tegurannya itu adalah untuk umum dan juga peringatan ke atas dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Adam juga merasa hairan kenapa ada pihak ingin terasa sedangkan teguran yang dibuat berkenaan 'Keke Challenge' adalah secara umum.

Bagi warga laman sosial, perkara sebegini sedikit sebanyak menarik perhatian mereka dalam mengetahui perkara sebenar yang terjadi.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: