24 July 2018
NIKAH 17 MAC 2019 - ATIKAH SUHAIME & AWI RAFAEL AKUR
"Kalau diikutkan memang kami mahu mempercepatkan majlis perkahwinan walaupun baru sahaja bertunang Mac lalu tetapi banyak faktor yang perlu kami akur.
"Paling utama adalah permintaan keluarga yang ingin membuat persiapan agar majlis kami nanti meriah dan dapat dihadiri oleh semua kaum keluarga," kata pelakon Atikah Suhaime.
Jelas Atikah, selepas mengambil kira faktor masa dan tempoh persiapan oleh keluarga kedua-dua belah pihak yang menginginkan sebuah majlis sempurna maka dia dan tunangnya, penyanyi Awi Rafael terpaksa akur pada tarikh 17 Mac itu.
Pada dasarnya, pasangan yang sama berasal dari Singapura itu ingin berkahwin lebih cepat berbanding perancangan asal.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Atikah berkata, dia tidak merasakan hubungannya dengan Awi terlalu terburu-buru ekoran mereka bertunang selepas tiga bulan menjalinkan hubungan.
Ini kerana kata Atikah, walaupun usia percintaan mereka masih baharu tetapi mereka sebenarnya sudah lebih lapan tahun mengenali antara satu sama lain.
"Saya sejujurnya sudah bersedia bergelar isteri dan begitu juga Awi. Faktor tempoh hubungan kami bukan alasan kerana kami sudah lama mengenali.
"Cuma sebelum ini saya tak sedar jodoh saya di depan mata... Macam drama pula! Apa-apa pun semua ini berbalik kepada jodoh dan Alhamdulillah kami berdua serius dengan hubungan ini," ujarnya yang melangsungkan pertunangan dengan Awi di Singapura pada 17 Mac lalu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment